League of Legends

16 Pemain Didenda Di Kejohanan LoL World Championship 2018

3 tahun lalu

16 Pemain Didenda Di Kejohanan LoL World Championship 2018

League of Legends merupakan salah satu permainan yang amat mementingkan pemain profesional mereka untuk berkelakuan baik dan mempunyai peraturan yang agak ketat berbanding dengan permainan lain seperti Dota 2. Riot Games seringkali mengeluarkan denda atau amaran kepada mana-mana pemain yang didapati melanggar peraturan ini.

Pada ketika ini, kejohanan terbesar permainan itu, LoL World Championship sedang berlangsung di Korea dan melalui rutin pemeriksaan kelakuan yang dilakukan oleh Riot Games, seramai 16 pemain telah dikenakan tindakan sama ada denda mahupun amaran. Hukuman ini dilakukan selepas pemain didapati berkelakuan negatif semasa bermain dengan mengeluarkan kata-kata kesat mahupun sengaja bermain dengan teruk di dalam perlawanan.

Berikut adalah senarai pemain yang menerima denda:

  • Danil “Diamondprox” Reshetnikov (USD1,000)
  • Seunglok “TheShy” Kang (USD1,000)
  • Yeonsung “iloveoov” Choi (USD1,500)
  • Jian “Uzi” Zihao (USD2,000)

Berikut pula adalah senarai pemain yang diberikan amaran:

  • Daniele “Jiizuke” Di Mauro (VIT)
  • Amadeu “Attila” Carvalho (VIT)
  • Minkook “Dreams” Han (VIT)
  • Luka “Perkz” Perkovic (G2)
  • Petter “Hjarnan” Freyschuss (G2)
  • Dennis “Svenskeren” Johnsen (C9)
  • Stanislav “Lodik” Kornelyuk (GMB)
  • Zhen-Ning “Ning” Gao (IG)
  • Uijin “Rookie” Song (IG)
  • Li “4LivcloveR” Zhe (EDG)
  • Jaeha “Mowgly” Lee (AFR)
  • Hyesung “Comet” Lim (AFR)