Mobile Legends

Pemain ASYN – Soloz Bawa Pulang Gelaran Pemain Paling Berharga Liga MPL MY/SG Musim Ke-2

3 tahun lalu

Pemain ASYN – Soloz Bawa Pulang Gelaran Pemain Paling Berharga Liga MPL MY/SG Musim Ke-2

Awal bulan September lalu selepas berakhirnya musim tetap MPL MY/SG, undian bagi membolehkan para peminat memilih pemain paling berharga (MVP) telah pun dibuka.

Selepas hampir sebulan berlalu, keputusan telah pun diperoleh dan pemain paling berharga diangerahkan kepada Mohd Faris ‘Soloz’ Zakaria dari pasukan AirAsia Saiyan (ASYN). Selain daripada gelaran MVP tersebut, Soloz juga membawa pulang hadiah wang tunai sebesar USD1,000 (~RM4,147). Soloz juga merupakan pemain kedua dari pasukan ASYN yang berjaya menjadi pemain paling berharga liga. Pada musim sulung MPL MY/SG pada tahun lalu, kapten pasukan ASYN, Ahmad Fuad “Fredo” Razali telah terpilih sebagai MVP musim tersebut.

Sementara itu, bagi liga MPL MY/SG musim kedua ini, ia akan kembali semula pada 13 Oktober ini bagi acara khas perlawanan All-star yang akan mempertandingkan pemain paling popular bagi pasukan Malaysia dan Singapura. Liga kemudiannya akan bersambung secara rasmi bagi pusingan main habis pada 19 Oktober untuk menentukan juara keseluruhan liga bagi musim ini.

8 Pasukan yang mara pusingan tersebut adalah Flash Tyrants, Evos Esports SG, AirAsia Saiyan, GeekFam Mystic, Traitors, Bigetron SG, GeekFam Icon dan Saiyan Reborn. Ia akan berlangsung secara lan di Paradigm Mall, Petaling jaya.