Esukan Hari Sukan Negara

Sebuah Forum E-sukan Akan Diadakan Bersempena Dengan Hari Sukan Negara

2 tahun lalu

Sebuah Forum E-sukan Akan Diadakan Bersempena Dengan Hari Sukan Negara

Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 13 Oktober ini, selain daripada kejohanan e-sukan, sambutan peringkat kebangsaan di Stadium Negara,  KL Sports City di Bukit Jalil akan turut menyertakan sebuah forum e-sukan dengan fokus kepada Peraturan, Tadbir Urus dan Integriti.

Ia akan bermula pada pukul 10 pagi 13 Oktober ini melibatkan nama nama besar industri e-sukan tempatan seperti  Firdaus “Master Ramen” Hashim (VP Mineski Events Team Malaysia), Tiffani “Oling” Lim (Ketua Pemasaran, Battle Arena), Allan Phang (Allstars Engagement and Internal Branding, AirAsia), Clement “BI33D” Hui (FrostFire, The Pantheon) dan Muhammad “Flava” Farouq (Pengulas E-sukan).

Namun begitu, agak mengecewakan apabila barisan panel kurang variasi bagi menyuarakan suara semua pihak di dalam industri. Panel dipenuhi wakil dari sisi perniagaan industri yang hampir kesemua berada di puncak industri e-sukan tempatan. Walaupun suara mereka akan mempunyai input yang penuh dengan pengalaman sepanjang berada di dalam industri, wakil dari sisi pemain profesional dan mereka yang baru memasuki dan sedang berusaha untuk mengenal selok belok industri harus tidak dipandang ringan.

Suara mereka yang berada di atas dan di bawah di dalam industri haruslah didengari bagi membolehkan kesemua pihak memperoleh input yang mampu membangunkan industri e-sukan tempatan tanpa mengira taraf dan kedudukan mereka.

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments