League of Legends

Francais EU LCS : Permohonan Astralis Diterima, Tiga Yang Lain Ditolak

3 tahun lalu

Francais EU LCS : Permohonan Astralis Diterima, Tiga Yang Lain Ditolak

Astralis dilaporkan menjadi organisasi baharu diterima masuk ke francais liga LCS Eropah. Permohonan ini dilaporkan diketuai oleh  Martin “Deficio” Lynge, pengulas popular permainan League of Legends yang kini terpaksa memilih untuk kekal menjadi pengulas liga tersebut atau menjadi pegawai bagi organisasi Astralis di dalam sistem baharu ini.

Astralis akan menyertai organisasi lainnya yang telah diterima mask seperti G2 Esports, Fnatic, Misfits, Schalke 04 Esports dan Team Vitality. Sementara itu, selepas Splyce dan H2K, tiga lagi permohonan dilaporkan telah ditolak iaitu bagi organisasi Giants Gaming, Unicorns of Love dan Team ROCCAT.

Pertukaran ke sistem francais baharu ini akan bermulakan pada tahun 2019 dengan fokus memberikan keuntungan kepada kedua-da liga dan pasukan yang bertanding. Pelbagai perkara seperti tajaan, hak siaran dan sumber keuntungan lainnya akan dikongsikan kepada semua pihak yang terlibat.

Sumber : ESPN