PUBG

PUBG Terbitkan Versi Khas Untuk PC Berspesifikasi Rendah Di Thailand – PUBG Project Thai

2 tahun lalu

PUBG Terbitkan Versi Khas Untuk PC Berspesifikasi Rendah Di Thailand – PUBG Project Thai

Seperti mana wujudnya versi lite untuk PUBG Mobile, PUBG asal juga kini mempunyai versi ringan khas untuk komputer dengan spesifikasi rendah.

Digelar PUBG Project Thai, ia hanya hadir untuk kegunaan pemain di Thailand sahaja. Projek ini memasuki ujian beta tertutup bermula pada bulan September yang lalu. Menurut kenyataan oleh wakil PUBG Corp di laman web Inven Korea, versi ini dibangunkan khas untuk  memenuhi keperluan pasaran di Thailand. Pada ketika ini, tiada perancangan untuk membawanya ke pasaran lain.

Berbanding dengan versi asal, PUBG Project Thai hanya memerlukan spesifikasi yang amat minimum seperti pemproses grafik Intel HD Graphics 4000. Berikut merupakan spesifikasi minimum dan cadangan bagi versi ringan ini.

Minimum:

  • OS : Windows 7/8/10 64-bit
  • CPU : 2.4GHz Core i3
  • RAM : 4GB
  • GPU : Intel HD Graphics 4000
  • HDD : 4GB

Cadangan:

  • OS : Windows 7/8/10 64-bit
  • CPU : Core i5 2.8GHz
  • RAM : 8GB
  • GPU : NVIDIA GeForce GTX 660 atau AMD Radeon HD 7870
  • HDD : 4GB

Sumber : Kotaku / Inven

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments