FIFA FIFA 19

Premier League Memperkenalkan Liga FIFA 19 Tersendiri – Pemain Akan Mewakili Kelab Di EPL

3 tahun lalu

Premier League Memperkenalkan Liga FIFA 19 Tersendiri – Pemain Akan Mewakili Kelab Di EPL

The Premier League (EPL) telah mengumumkan kerjasama bersama dengan EA Sports bagi menubuhkan ePremier League, liga e-sukan FIFA 19 tersendiri mereka.

Musim sulung ePremier League akan bermula pada bulan Januari 2019 dan pusingan kelayakan bagi liga ini adalah terbuka kepada rakyat United Kingdom berumur 16 tahun dan ke-atas. Liga ini akan meneydiakan slot bagi kedua-dua platform Xbox One dan juga Playstation 4. Pemain yang melepasi pusingan kelayakan akan berpeluang untuk mewakili kelab-kelab yang bertanding di liga asal EPL.

Perlawanan akhir liga ePremier League ini juga akan disiarkan secara langsung di saluran rasmi EPL di  Sky Sports dan juga laman media sosial liga tersebut.