Fortnite PUBG

Organisasi Esukan FrostFire Berminat Tubuh Pasukan Bagi Permainan Battle Royale

3 tahun lalu

Organisasi Esukan FrostFire Berminat Tubuh Pasukan Bagi Permainan Battle Royale

Battle Royale merupakan genre permainan terhangat pada tahun ini. Pelbagai permainan berlumba-lumba mewujudkan mod permainan Battle Royale tersendiri. Oleh sebab itu, arena kompetitif bagi permainan bergenre Battle Royale turut berkembang dan menarik minat banyak organisasi e-sukan.

Tidak mahu ketinggalan di dalam trend ini adalah organisasi e-sukan FrostFire. Menerusi laporan mingguan organisasi tersebut, mereka menyatakan minat untuk mencari bakat-bakat tempatan bagi genre permainan ini. ForstFire tidak menyatakan permainan manakah yang menjadi keutamaan mereka namun memaparkan sedutan video bagi permainan PUBG dan Fortnite yang juga merupakan dua permainan paling popular bagi genre tersebut.

Jika anda merasakan anda mempunyai bakat dalam da permainan tersebut dan mahu mencuba bermain secara kompetitif, ini merupakan peluang anda untuk memulakan kerjaya sebagai pemain profesional.