League of Legends

Worlds Pick’em Kembali Untuk Tahun 2018 – Ramal Dan Menangi Hadiah

2 tahun lalu

Worlds Pick’em Kembali Untuk Tahun 2018 – Ramal Dan Menangi Hadiah

Bersempena dengan acara League of Legends World Championship yang telah bermula pada ketika ini, Garena selaku pengendali permainan itu di Asia Tenggara kembali hadir dengan acara Worlds Pick’em. Acara ini membolehkan para peminat meramal keputusan perlawanan kejohanan dan menerima hadiah sekiranya ramalan yang dihantar itu tepat.

Acara ini akan bermula pada peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati kejohanan. Berikut merupakan jadual bagi acara ini:

  • Peringkat kumpulan : Jadual kurungan perlawanan akan tersedia pada 8 Oktober (10 am GMT +8) dan akan dikunci sebelum bermulanya perlawanan peringkat kumpulan pada 10 Oktober (4 pm GMT+8).
  • Peringkat kalah mati : Jadual kurungan perlawanan akan tersedia pada 18 Oktoer (12 am GMT+8) sebelum bermulanya perlawanan pada 20 Oktober (12 pm GMT+8).

Hadiah yang disediakan bagi acara ini adalah dua ikon Pick’em Poro dan lima kostum Ultimate, Elementalist Lux, Pulsefire Ezreal, Spirit Guard Udyr, DJ Sona, dan Gun Goddess Miss Fortune. Ramalan boleh dilakukan di laman rasmi acara ini.

Layari :  pickem.lol.garena.com

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments