Dota 2

Pek Audio Darkest Dungeon Tiba Untuk Permainan Dota 2

3 tahun lalu

Pek Audio Darkest Dungeon Tiba Untuk Permainan Dota 2

Sebuah pek audio pengulas terbaru hadir untuk permainan Dota 2 kali ini bertemakan permainan Darkest Dungeon. Darkest Dungeon merupakan permainan lakon peranan yang dilancarkan pada tahun 2016 dalam bentuk ujian akses awal.

Permainan itu menerima kritikan positif dan menerima beberapa anugerah. Ia telah terjual melebihi 2 juta buah salinan semenjak ia dilancarkan. Bagi pek audio ini pula, ia disuarakan oleh Wayne June yang juga merupakan tukang cerita di dalam permainan Darkest Dungeon.

Pek audio ini mengandungi 715 baris audio dan dijual pada harga USD9.99 (RM39.00). Ia boleh dibeli menerusi klien Dota 2 ataupun di laman kedai permainan Steam itu sendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=WWeNweDu-dw

Layari : Pek Pengulas Darkest Dungeon di Steam