League of Legends

Lima Pasukan Dilaporkan Diterima Masuk Ke Francais Liga LCS Eropah

2 tahun lalu

Lima Pasukan Dilaporkan Diterima Masuk Ke Francais Liga LCS Eropah

Perancangan untuk menukar Liga LCS Eropah kepada sistem berfrancais telah pun diumumkan pada awal tahun lalu bagi mengikut jejak langkah liga LCS Amerika Utara dan China. Riot juga telah berkongsikan pelan perancangan mereka untuk bertukar ke sistem baharu ini bermulakan pada tahun 2019.

[irp posts=”395″ name=”Perincian Sistem Francais Liga LCS Eropah Didedahkan – Akan Bermula Pada Tahun 2019″]

Mengikut laporan terbaru dari ESPN, proses bertukar menjadi francais ini semakin hampir lengkap dan beberapa pasukan sudah pun diterima masuk ke dalam francais tersebut. Pasukan-pasukan tersebut adalah Fnatic, G2, Misfits, Schalke 04, dan Vitality. Sementara itu, permohonan pasukan Splyce dan H2k pula dikhabarkan telah ditolak oleh Riot Games.

Harga belian masuk slot francais ini pula adalah 8 juta Euro (USD926 juta), sedikit lebih rendah berbanding Liga LCS Amerika Utara. Bagi liga LCS Amerika Utara, harga slot yang dibayar pasukan mereka adalah sebesar USD10 juta. Pengumuman terakhir berkaitan dengan pertukaran sistem ini dijangka akan dilakukan selepas tamatnya kejohanan LoL World Championship kelak.

Sumber : ESPN

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *