Terma

Terma : Nerf

3 tahun lalu

Terma : Nerf

Artikel ini adalah termasuk di bawah siri Terma.


Nerf merupakan slanga yang digunakan untuk merujuk kepada perbuatan merendahkan atau mengurangkan kuasa sesuatu abiliti atau item. Perkataan ini tidak wujud di dalam kamus dan berasal dari nama jenama permainan senjata berasaskan getah berbusa, Nerf. Penggunaan slanga ini dikatakan bermula apabila pembangun kepada permainan Ultima Online mengurangkan kuasa pedang melee di dalam permainan itu. Ini menyebabkan para pemain merungut kerana merasakan mereka saling berlawan menggunakan pemukul Nerf di dalam permainan itu dan bukannya pedang[1].

Pemukul Nerf
Kayu Pemukul Nerf Yang Diperbuat Dari Getah Berbusa

Semenjak dari itu, apabila kuasa sesuatu item atau abiliti hero dikurangkan, komuniti mulai menggelarnya sebagai item yang sudah di-nerf. Kata lawan bagi slanga ini pula adalah buff. Penggunaan kedua-dua perkataan ini selalunya digunakan apabila  kemaskini tampalan terkini hadir bagi sesebuah permainan.

Sebagai contoh, para pemain akan saling berbincang tentang hero manakah yang menerima buff atau nerf apabila kemaskini terbaru yang hadir bagi permainan Dota 2. Setiap perubahan kecil pada kemaskini adalah penting kerana ia mampu mengubah meta permainan selepas itu. Hero yang di-nerf mungkin akan tidak lagi sekuat sebelum ini dan sebaliknya pula bagi hero yang di-buff.

Sumber [1] : Dave Elliott di Urban Dictionary