Overwatch

Acara Halloween Terror 2018 untuk Overwatch Akan Bermula Pada 9 Oktober Ini

2 tahun lalu

Acara Halloween Terror 2018 untuk Overwatch Akan Bermula Pada 9 Oktober Ini

Bagi menyambut perayaan Halloween pada tahun ini, acara bermusim Halloween Terror bagi permainan Overwatch akan kembali pada 9 Oktober ini.

Acara ini mulai diperkenalkan pada tahun 2016 lalu dan edisi kali ini akan berlangsung sehinggalah 31 Oktober ini. Tiada maklumat lanjut didedahkan pada ketika ini namun seperti tahun lalu, pelbagai kandungan bertemakan Halloween dijangka akan ditambah masuk ke dalam permainan ini.

Dalam pada masa yang sama, Blizzard turut melancarkan kostum khas Halloween untuk kegunaan dunia sebenar yang boleh dibeli orang ramai di Amerika Syarikat. Sebanyak dua jenis akan dikeluarkan iaitu The Spirit Overwatch Halloween yang menyertakan kostum bagi Soldier: 76, Mercy, Reaper dan D.Va dan jenis The Disguise Overwatch Halloween yang menyertakan kostum bagi Tracer, Genji, and Soldier: 76. Aksesori khas juga boleh disertakan bersama-sama dengan penjualan kostum-kostum ini.

 

Pada edisi tahun lalu, beberapa kostum, emote dan intro dilancarkan bersempena dengan acara ini. Selain daripada  itu, acara dan mod permainan khas turut diadakan iaitu Junkenstein’s Revenge. Pemain boleh menentang zombie juga boleh meneroka dua buah peta yang telah diubahsuai bersempena dengan Halloween iaitu Spooky Eichenwalde dan Spooky Hollywood. Sambil meneroka, pemain boleh mendapat hadiah hadiah khas di dalamnya.

Bagi tahun ini, Blizzard dijangka akan mulai mempertontonkan kandungan yang akan ditambah tidak lama lagi sebelum bermulanya acara Halloween Terror ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments