Esukan

42 Buah Negara Hantar Wakil Ke Kejohanan IESF Esports World Championship Ke-10

2 tahun lalu

42 Buah Negara Hantar Wakil Ke Kejohanan IESF Esports World Championship Ke-10

Edisi ke-10 IESF Esports World Championship sudah semakin menghampiri dan pihak International Esports Federation (IESF) kini telah mengesahkan senarai akhir jumlah peserta yang akan bertanding di acara tahunan tersebut.

Menurut IESF, sejumlah 42 buah negara, 427 peserta telah melayakkan diri untuk mewakili negara masing masing di kejohanan yang bakal berlangsung di bandar Kaohsiung, Taiwan itu. Sebanyak 3 permainan akan dipertandingkan pada edisi ke-10 ini iaitu League of Legends, Tekken 7 dan Counter Strike : Global Offensive (CS:GO).

IESF Esports World Championship akan berlangsung dari 6 sehingga 13 November ini dan acara pembahagian kumpulan pula akan dilangsungkan pada pada 8 November. Hadiah sebesar USD54,000 disediakan untuk ketiga-tiga buah permainan. Berikut adalah wakil Malaysia yang telah melayakkan diri ke acara ini :

CSGO – (FrostFire)

  1. aimaNNN
  2. acAp
  3. CHAPMAN
  4. d4v41
  5. subbey

Tekken 7

  1. HXI Zaba

League of Legends (Int Central)

  1. quick int
  2. AdhesiveEmotions
  3. Kellum
  4. GL IN MCDONALDS
  5. Snapper
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments