Dota 2

Pemegang Saham Terbesar Kelab Bolasepak Inter Milan Dilaporkan Bakal Menubuhkan Pasukan Dota 2

2 tahun lalu

Pemegang Saham Terbesar Kelab Bolasepak Inter Milan Dilaporkan Bakal Menubuhkan Pasukan Dota 2

Salah sebuah rangkaian perniagaan terbesar di China, Suning.com Co., Ltd. dilaporkan bakal terjun ke arena kompetitif Dota 2 tidak lama lagi. Suning yang juga merupakan pemegang saham terbesar kelab bolasepak Inter Milan dilaporkan telah menetapkan dana sebesar 20 juta (mata wang tidak diketahui) bagi pelaburan ini.

Laporan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pasukan Dota 2 mereka ini akan bermain dan beroperasi di bawah nama syarikat mereka ataupun dibawah nama kelab Inter Milan. Dengan pelbagai kelab sukan lainnya melabur pada arena e-sukan sejak kebelakangan ini, tidak mustahil pasukan baharu ini akan membawakan nama Inter Milan.

Kelab bolasepak Paris Saint-Germain pada musim DPC lalu telah menjalankan kerjasama dengan organisasi LGD Gaming dan berjaya menjadi naib juara kejohanan terbesar Dota 2 iaitu The International 2018. Kejayaan ini pastinya menarik minat kelab kelab sukan lainnya untuk melabur di dalam industri e-sukan.

Sumber : Esports Heaven

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments