CSGO

Mousesports Juarai Kejohanan CSGO ESL One New York

2 tahun lalu

Mousesports Juarai Kejohanan CSGO ESL One New York

Trofi kejohanan ESL One New York menjadi milik pasukan Eropah apabila Mousesports berjaya menewaskan pasukan Liquid pada perlawanan akhir yang berlangsung sengit semalam.

Diadakan di Barclay Center di kota raya New York, perlawanan akhir yang diadakan dalam format terbaik dari 5 perlawanan itu berakhir dengan kelima-lima perlawanan dimainkan. Walaupun Mouz memulakan siri dengan memenangi perlawanan pertama, Team Liquid membuktikan mereka adalah pasukan yang wajar digeruni dengan memenangi dua perlawanan seterusnya.

Ketinggalan 2-1, pasukan Mouz terpaksa bekerja keras untuk memenangi dengan tipis pada perlawanan keempat yang berakhir dengan keputusan 19:17. Mereka bagaimanapun mengekalkan momentum tersebut untuk memenangi perlawanan terakhir dengan selesa untuk menjulang piala kejohanan. Mousesports membawa pulang hadiah sebesar USD125,000 sebagai juara kejohanan manakala pasukan Liquid pulang dengan USd50,000.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments