Terma

Terma : Farming

3 tahun lalu

Terma : Farming

Artikel ini adalah termasuk di bawah siri Terma.


Farming

noun a. (of fruit, vegetables, etc) perkebunan; (on a big scale) perladangan; b. (of livestock, poultry) penternakan: dairy ~, penternakan tenusu; ~ skills, kemahiran penternakan; c. (of fish, shellfish) penternakan.

Dalam dunia permainan, terma farming adalah merujuk kepada perbuatan mengumpul pengalaman (XP – Experience), Emas (Gold) atau apa-apa nilai mata wang yang digunakan di dalam permainan yang dimainkan. Perbuatan ini kebiasaanya adalah berulangan sehingga nilai yang diperlukan mencukupi. Perbuatan yang perlu dilakukan pula adalah berbeza mengikut permainan yang sedang dimainkan.

Sebagai contoh, bagi permainan bergenre Moba seperti Dota 2, Mobile Legends dan Arena of Valor, bagi mengumpul pengalaman dan emas, pemain harus membunuh creep, minion, raksasa, banggunan dan hero lawan di dalam permainan. Setiap aksi ini akan memberikan sedikit nilai pengalaman dan emas kepada pelaku. Pengalaman akan membolehkan pemain meningkatkan tahap hero atau pahlawan yang sedang digunakan manakala emas membolehkan pemain membeli sesuatu item yang boleh membantu pemain di dalam permainan.

Antara item yang boleh dibeli di dalam permainan Dota 2 – Sumber : Dotafire.com

Dengan mempunyai tahap yang tinggi dan item yang hebat, pemain akan lebih berkuasa untuk menewaskan pihak lawan. Oleh yang demikian, perbuatan farming terutamanya di awal permainan adalah penting bagi membolehkan pemain berada di tahap yang lebih tinggi berbanding pihak lawan.