League of Legends Mobile Legends

Bekas Pemain KL Hunters, Ozora Veki Sertai Pasukan Mobile Legends MysteriousAssassin

2 tahun lalu

Bekas Pemain KL Hunters, Ozora Veki Sertai Pasukan Mobile Legends MysteriousAssassin

Selepas tamatnya kejohanan SEA Tour 2018 bagi musim panas tempoh hari, bekas pemain support bagi pasukan Kuala Lumpur Hunters,¬†Poon “Ozora Veki” Kok Sing telah mengumumkan bahawa beliau adalah agen bebas dan tidak lagi terikat dengan pasukan itu.

Perjalanan beliau di dalam arena e-sukan tempatan nampaknya akan berubah selepas ini apabila diumumkan akan menyertai pasukan Mobile Legends Bang Bang, MysteriousAssassin. Kedua permainan tersebut adalah tidak banyak berbeza selain daripada platform mereka dimainkan. Mobile Legends adalah permainan dengan rekaan dan corak permainan yang amat sama dengan League of Legends.

Dengan perkembangan arena e-sukan permainan mudah alih, perpindahan pemain dari platform pc ke permainan mudah alih adalah normal dan sering terjadi kebelakangan ini. Arena kompetitif League of Legends tempatan di Malaysia juga tidak semeriah di rantau lain dan tidak sebesar permainan lain seperti Dota 2.

MysteriousAssassin dalam kenyataan mereka bagaimanapun tidak mengumumkan sama ada Ozora Veki akan mengantikan ahli sedia ada atau tidak. Oleh yang demikian, pada ketika ini mereka diahlikan oleh Shadow, Devo, Lmao, D Ace, Nina, Facebook dan dua pemain simpanan iaitu Padel dan Flint. Dengan penambahan pemain veteran ini, MyA pasti lebih bersemangat dan yakin untuk kembali menyertai Mobile Legends BB Profesional League MY/SG pada musim ketiga kelak selepas gagal menyertai musim kedua yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Sumber : Flash Vision

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *