Dota 2

Vici Gaming Dan Pain Gaming Lengkapkan Senarai Pasukan Jemputan ESL One Hamburg 2018

2 tahun lalu

Vici Gaming Dan Pain Gaming Lengkapkan Senarai Pasukan Jemputan ESL One Hamburg 2018

Senarai lapan pasukan jemputan bagi kejohanan Dota 2 ESL One Hamburg kini lengkap dengan pengumuman dua pasukan terakhir iaitu Pain Gaming dan Vici Gaming.

Kedua pasukan ini akan menyertai empat pasukan kelayakan rantau dan 6 pasuukan jemputan lain yang telah diumumkan sebelum ini iaitu Team Secret, Evil Geniuses, Virtus.Pro, Mineski, Ninjas in Pyjamas dan Forward Gaming. Sementara itu, pasukan jemputan bagi pusingan kelayakan rantau juga telah didedahkan. Bagi Asia Tenggara, pasukan yang dijemput adalah TNC Predator dan Lotac.

 

 

ESL One Hamburg akan berlangsung di Barclaycard Arena, Hamburg, Jerman pada 23 sehingga 28 Oktober ini. Kejohanan yang tidak termasuk di dalam siri Dota 2 Pro Circuit ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD300,000.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments