Esukan

PJ Esports Festival Tawar 5 Permainan E-sukan Oktober Ini

3 tahun lalu

PJ Esports Festival Tawar 5 Permainan E-sukan Oktober Ini

Bulan Oktober ini dipenuhi dengan pelbagai acara e-sukan dan yang terbaru adalah PJ Esports Festival. Dianjurkan oleh Orange Esports, festival ini akan menyertakan 5 buah permainan untuk dipertandingkan.

Festival ini akan berlangsung pada 20 sehingga 21 Oktober bertempat di Dewan Sivik MBPJ di Petaling Jaya. Variasi permainan yang akan dipertandingkan pula adalah CSGO (Red Bull Coliseum 2018 CSGO CCC), Mobile Legends (Red Bull Coliseum Mobile Legends), Dota 2, FIFA 19 dan PUBG Mobile. Berikut adalah senarai hadiah setiap permainan:

  • Dota 2 – RM10,000
  • Mobile Legends – RM5,000
  • PUBG Mobile – RM2,000 (Sesi Pagi)/RM2,500 (Sesi Petang)
  • CSGO – RM10,000

Daftar : PJ Esports Festival