Dota 2

VGJ Umum Penjenamaan Semula Dan Pasukan Dota 2 Baharu

2 tahun lalu

VGJ Umum Penjenamaan Semula Dan Pasukan Dota 2 Baharu

Bagi musim kompetitif Dota 2 Pro Circuit 2018/2019, Valve telah menambah pertauran terbaru dimana sebarang organisasi/pemilik tidak dibenarkan menghantar dua pasukan ke kejohanan The International. Oleh yang demikian, organisasi VGJ, yang dimiliki oleh pemain NBA, Jeremy Lin kini mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan kerjasama mereka bersama Vici Gaming dan kini dijenama semula sebagai J.Storm.

Bergerak sendirian selepas ini, organisasi tersebut turut mengumumkan bahawa mereka akan turut terjun melebarkan sayap ke judul permainan lain seperti Fortnite pada masa akan datang di rantau Amerika Utara. Dalam masa yang sama, mereka kini akan mengambil alih pasukan Dota 2 MarchOutofArmy untuk bermain dibawah organisasi ini.

Pasukan ini sudah pun mempamerkan aksi cemerlang dan melayakkan diri ke kejohanan Dota 2 Kuala Lumpur Major yang akan berlangsung pada bulan November ini.

J.Storm Dota 2:

  • David “Moo” Hull
  • Jonathan “Bryle” De Guia
  • Sangdon “FoREv” Lee
  • Milan “MiLAN” Kozomara
  • Taewon “March” Park
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments