Discord

Senarai Pertama Permainan Yang Akan Tiba Dahulu Di Kedai Permainan Dalam-Talian Discord Diumumkan

2 tahun lalu

Senarai Pertama Permainan Yang Akan Tiba Dahulu Di Kedai Permainan Dalam-Talian Discord Diumumkan

Pada bulan Ogos yang lalu, aplikasi komunikasi Discord telah memperkenalkan kedai permainan dalam-talian tersendiri mereka dan memulakan ujian beta bagi penawaran terbaru tersebut. Kedai ini adalah serupa dengan servis lainnya seperti Steam, GOG.com dan Origin.

Pada pengumuman yang sama juga, mereka mengumumkan program “First on Discord” iaitu senarai permainan indie yang dibantu-dana oleh Discord sendiri. Permainan-permainan ini akan dilancarkan terlebih dahulu di kedai dalam-talian Discord bagi tempoh masa terhad sebelum dilancarkan di kedai permainan lainnya. Hari ini mereka telah mengumumkan senarai 7 permainan pertama di bawah program ini iaitu  :

  1. Last Year: The Nightmare
  2. King of the Hat
  3. Sinner: Sacrifice for Redemption
  4. At Sundown
  5. Bad North
  6. Mad Machines
  7. Minion Masters

Permainan-permainan ini boleh didapatkan bermula pada musim luruh kelak untuk platform PC.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments