Fortnite

Beberapa Perubahan Pada Kemaskini Musim Ke-6 Fortnite Ditarik Semula Kerana Bermasalah

2 tahun lalu

Beberapa Perubahan Pada Kemaskini Musim Ke-6 Fortnite Ditarik Semula Kerana Bermasalah

Bagi mana mana kemaskini besar untuk sesuatu permainan, pasti akan hadir masalah atau pepijat yang memaksa beberapa perubahan ditarik semula sehingga ia diperbaiki dan tidak terkecuali adalah kemaskini musim ke-6 Fortnite BR.

Semalam, Fortnite BR hadir dengan pelbagai kandungan baharu menandakan bermulanya musim ke-6 permainan Battle Royale itu. Item baharu Shadow Stone dan kostum Calamity didapati mengandungi pepijat dan harus diperbaiki. Bagi item Shadow Stone, item yang memberikan pemain abiliti untuk menjadi halimunan selama 45 saat sekiranya tidak bergerak itu mempunyai pepijat yang menyebabkan pemain menjadi halimunan selamanya sepanjang permainan berlangsung.

Pepijat ini sudah pasti memberikan kelebihan melampau kepada mereka yang menyalahgunakannya. Oleh yang demikian, item baharu ini kini tidak lagi boleh digunakan sehingga pepijat tersebut diperbaiki. Bagi kostum Calaminty pula, apabila menggunakan emote Jubilation, terdapat animasi pergerakan di dada menyebabkan ia kelihatan seksual. Epic Games menyatakan bahawa animasi ini adalah tidak disengajakan dan telah membuang animasi tersebut keluar dari permainan.

Animasi pergerakan tersebut menjadi popular selepas seorang penstrim video berkongsikannya di laman Twitter. Epic Games menegaskan bahawa animasi ini adalah memalukan dan tidak disengajakan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments