Selangor Cyber Games 2018 Tawar Hadiah Sebesar RM250,000

Selangor Cyber Games 2018 Tawar Hadiah Sebesar RM250,000

Acara e-sukan tahunan Selangor Cyber Games akan kembali pada pengujung Oktober ini dengan hadiah sebesar RM250,000. Seperti tahun sebelumnya, acara ini akan mempertandingkan beberapa judul permainan e-sukan seperti Dota 2, Mobile Legends Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019, FIFA 19, Tekken 7 dan acara sampingan seperti Zotac Push The Limit Lan Party dan acara akhir bagi pertandingan Predator League 2019 PUBG Malaysia.

Berikut merupakan pembahagian hadiah untuk setiap judul permainan yang bakal dipertandingkan di acara ini kelak:

  • Dota 2 – RM70,000
  • FIFA 19 – RM60,000
  • Mobile Legends – RM50,000
  • PES 2019 – RM20,000
  • Tekken 7 – RM30,000
  • PUBG – RM20,000

Dibawakan oleh kerajaan negeri Selangor, edisi kali ini dianjurkan bersama oleh Mineski Events Team, Big Machinez dan  Majlis Sukan Negeri Selangor. Ia akan diadakan di Empire City Mall, Petaling Jaya pada 27 dan 28 Oktober ini. Bagi acara Zotac Push The Limit Lan Party, ia akan bermula sehari lebih awal iaitu pada 26 Oktober dan menyertakan aktiviti seperti kejohanan mini, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Baca Juga :   Logo Bagi Kejohanan E-sukan Dunia Ke-10 di Kota Kaohsiung Didedahkan

Acara akhir bagi  Predator League 2019 PUBG Malaysia pula akan mempertandingkan pasukan terbaik bagi merebut peluang untuk mewakili Malaysia ke kejohanan Predator League 2019 Finals di Thailand. Bagi anda yang berminat untuk menyertai pertandingan yang ada di acara Selangor Cyber Games 2018, pendaftaran boleh dilakukan di laman web rasmi acara tersebut.

Layari : Selangor Cyber Games 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: