FIFA Online 3

NIVEA MEN Hadir Dengan Kejohanan E-sukan Tersendiri – e-MYpadang Championship

2 tahun lalu

NIVEA MEN Hadir Dengan Kejohanan E-sukan Tersendiri – e-MYpadang Championship

Pengeluar produk penjagaan diri lelaki, NIVEA MEN hari ini mengumumkan penganjuran kejohanan e-sukan tersendiri mereka, e-MYpadang Championship dengan kerjasama Garena dan The Gaming Co (Fallout Gaming).

Akan diadakan bermula pada 13 Oktober ini sehingga 11 November kelak, ia akan mempertandingkan permainan FIFA Online 3. Pusingan kelayakan dalam-talian akan diadakan di empat buah rantau iaitu Utara, Timur, Tengah dan Selatan. Berikut merupakan jadual bagi setiap pusingan kelayakan tersebut:

  • Rantau Tengah (Kuala Lumpur, Selangor) – 13 Oktober – @ Orange Stadium, KL.
  • Rantau Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) – 20 Oktober – @ WOC, Kuantan.
  • Rantau Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) – 27 Oktober – @ 818, Johor.
  • Rantau Utara (Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) – 3 November – @ Landscape, Pulau Pinang.
Baca Juga :   "Cyberjaya Berpotensi Menjadi Hub E-sukan Rantau" - Syed Saddiq

Pusingan akhir pula akan diadakan secara LAN di Kuala Lumpur pada 10 dan 11 November. 8 Pemain terbaik dari setiap pusingan kelayakan rantau akan mara ke pusingan akhir ini. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

Pendaftaran boleh dilakukan di laman web rasmi e-MYpadang Championship.

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments