Fortnite

Fortnite Musim Ke-6 Hadir Dengan Haiwan Peliharaan Dan Pelbagai Lagi Perkara Baru

2 tahun lalu

Fortnite Musim Ke-6 Hadir Dengan Haiwan Peliharaan Dan Pelbagai Lagi Perkara Baru

Kemaskini versi 6.0 untuk permainan Fortnite Battle Royale tiba hari ini menandakan bermulanya musim baharu bagi permainan tersebut. Kemaskini ini membawakan pelbagai perubahan baharu seperti peta yang dikemaskini, haiwan peliharaan, item baru seperti Shadow Stone yang membolehkan anda menjadi halimunan.

Battle Pass bagi musim ke-6 ini akan menyertakan lebih 100 ganjaran kepada pembeli dengan nilai harga 950 V-Bucks. Ia hadir dengan kandungan bernilai melebihi 25,000 V-Bucks dan boleh dimiliki dengan hanya bermain dan meningkatkan tahap Battle Pass yang dibeli. Pembeli juga dieri dua kostum eksklusif percuma iaitu Calamity dan DJ Yonder.

Anda juga boleh menyahkunci haiwan peliharaan di dalam Battle Pass ini iaitu Bonesy, Scales, dan Camo. Mereka akan sentiasa mengikuti pemain dan mempunyai reaksi berbeza mengikut keadaan semasa perlawanan. Kemaskini ini juga memfokuskan kepada kostum dan perubahan dengan tema sambutan Halloween yang akan tiba pada bulan Oktober kelak.

Baca Juga :   Organisasi Esukan FrostFire Berminat Tubuh Pasukan Bagi Permainan Battle Royale

Peta permainan kini lebih menyeramkan dengan lokasi lokasi baharu seperti Floating Island, Corrupted Areas, Corn Fields dan Haunted Castle. Item baharu, Shadow Stone yang membolehkan pemain menjadi halimun juga diperkenalkan. Namun begitu, menjadi halimunan adalah kelebihan yang amat mengerunkan dan oleh sebab itu, ia hadir dengan beberapa kekangan iaitu pemain hanya menjadi halimunan sekiranya mereka tidak bergerak dan pemain juga tidak dibenarkan menggunakan senjata semasa menggunakan item ini. Sekiranya pemain bergerak, mereka akan mulai menjadi nyata dan meninggalkan bayang bayang Shadow Trail.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai  kelebihan lainnya item ini, naik bas anda dan terjun ke dalam permainan sekarang. Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai nota kemaskini penuh pula, ia boleh dibaca disini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments