Dota 2

ChuaN Nafi Terlibat Dalam Skandal Atur Perlawanan

2 tahun lalu

ChuaN Nafi Terlibat Dalam Skandal Atur Perlawanan

Satu satunya pemain dari Malaysia yang pernah menjulang piala terulung Dota 2, Aegis of Champions pada tahun 2012, Wong “ChuaN” Hock Chuan telah terpalit dengan kontroversi mengatur perlawanan.

ChuaN menerusi laman Weibo beliau bagaimanapun menafikan tuduhan ini dan menyatakan bahawa beliau telah diugut dengan bukti palsu. Awal minggu ini, ChuaN dituduh terlibat dengan pengaturan perlawanan di Asia Tenggara melibatkan nama nama besar yang bertanding di Dota 2 Pro Circuit. Menerusi laman Weibo beliau, ChuaN menuduh  Shen Yuchao dan Tuantuan, pengulas CSGO di China mengugut beliau dan mendakwa mereka berhutang sebanyak 800,000 RMB kepada dirinya.

Shen Yuchao kemudiannya membalas dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai pelbagai bukti yang ChuaN terlibat mengatur perlawanan dan hutang yang didakwa ChuaN adalah wang deposit pertaruhan. Shen Yuchao turut memuat-naik tangkapan skrin perbualan mereka di aplikasi permesejan WeChat. ChuaN bagaimanapun mendakwa gambar tersebut adalah palsu dan sanggup untuk terbang ke China sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah. Sesi tuduh menuduh ini kemudiannya disertai oleh pemilik organisasi Invists Gaming yang mendakwa ChuaN merupakan pemain paling tidak jujur, pentingkan diri dan sombong pernah dikenali beliau.

Salah satu tangkapan skrin - Sumber : VPEsports
Salah satu tangkapan skrin – Sumber : VPEsports

Dengan hanya tangkapan skrin diberi sebagai bukti pada ketika ini, sukar untuk menentukan sama ada siapa yang bercakap benar. Sama sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai skandal ini.

Sumber : VPEsports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments