Playstation

Sony Serah Kalah. Ujian Beta Rentas-platform Fortnite Untuk PS4 Bermula Hari Ini

2 tahun lalu

Sony Serah Kalah. Ujian Beta Rentas-platform Fortnite Untuk PS4 Bermula Hari Ini

Sony akhirnya menyerah kalah dan mengikut kehendak pemain dengan kini memulakan ujian rentas-platform bagi permainan Fortnite untuk konsol Playstation 4 mereka.

Ujian beta yang bermula pada hari ini akan membenarkan pemain Fornite di PlayStation 4 bermain bersama dengan pemain lain di platform Android, iOS, Nintendo Switch, Xbox One, Microsoft Windows, dan Mac. Sistem kemajuan dan jual-beli juga kini boleh digunakan bersama sama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Sony kini mengakui bahawa bermain bersama rakan tanpa mengira platform adalah faktor penting bagi pemain dalam memberikan pengalaman bermain yang lebih baik dan akan melakukan perubahan polisi bagi membolehkan mereka terus seiring perubahan terbaru ini. Ini adalah termasuk sokongan rentas-platform bagi permainan lain di masa akan datang.

Sumber : Sony

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments