League of Legends

RISE – Lagu Tema LOL World Championship 2018 Didedahkan

3 tahun lalu

RISE – Lagu Tema LOL World Championship 2018 Didedahkan

Menjelang bermulanya kejohanan World Championship 2018 pada 1 Oktober ini, Riot Games hari ini telah memuat-naik video muzik rasmi bagi lagu tema edisi tahun ini iaitu RISE.

RISE dinyanyikan oleh  The Glitch Mob, Mako, dan The Word Alive. Lirik lagu ini memperlihatkan mesej yang mendorong para pemain untuk terus berusaha dan mencuba untuk menang di dalam perlawanan mereka. Pemain juga disaran untuk kekal berani berjuang dan tidak mudah menyerah kalah. Mesej paling penting disertakan pada lagu ini adalah untuk saling bekerjasama dan bersahabat.

[irp posts=”1258″ name=”Pembahagian Pasukan Bagi Kejohanan 2018 World Championship”]

Kejohanan Worlds 2018 akan bermula pada 1 Oktober ini pada pukul 4 petang waktu Malaysia dengan perlawanan antara pasukan Edward Gaming dan Infinity Esports di peringkat Play-In. Kejohanan ini akan diadakan di beberapa lokasi serata Korea Selatan dalam usaha mencari pasukan terbaik tahun ini.