Dota 2

Forward Gaming Adalah Pasukan Jemputan Terbaru Bagi ESL One Hamburg 2018

2 tahun lalu

Forward Gaming Adalah Pasukan Jemputan Terbaru Bagi ESL One Hamburg 2018

Forward Gaming yang dibarisi oleh hampir kesemua bekas pemain pasuukan VGJ.Storm dipilih menjadi pasukan keenam menerima jemputan terus untuk bertanding di kejohanan Dota 2 ESL One Hamburg 2018. Mempamerkan persembahan cemerlang di kejohanan The International 2018, pasukan ini sudah tentu menjadi taruhan dalam edisi kejohanan ESL kali ini.

Selain daripada Forward Gaming, lima pasukan lain yang telah menerima jemputan terus ke kejohanan ini adalah Virtus Pro, Mineski, Evil Geniuses, Team Secret dan Ninjas in Pyjamas. Dua lgi pasukan jemputan akan diumumkan tidak lama lagi melengkapkan senarai 8 pasukan jemputan ke kejohanan ini. ESL One Hamburg yang menawarkan hadiah sebesar USD300,000  akan berlangsung pada 23 sehingga 28 Oktober ini.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan edisi 2017 lalu, edisi 2018 ini tidak menjadi sebahagian daripada siri Dota 2 Pro Circuit.

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments