CSGO

Flusha Sah Sertai Cloud9 Ganti Styko

2 tahun lalu

Flusha Sah Sertai Cloud9 Ganti Styko

Robin “flusha” Ronnquist bakal kembali bermain bersama bekas rakan sepasukan beliau di Fnatic, Maikhil “golden” Selim apabila organisasi e-sukan Cloud9 mengesahkan bahawa mereka telah menandatangi kontrak bersama. Beliau akan mengantikan pemain gantian bagi pasukan itu iaitu Martin “STYKO” Styk.

“Menyertai Cloud9 adalah peluang dalam hidup yang saya rasa perlu dikejar.” – Flusha

Flusha dalam kenyataan rasmi beliau turut meminta maaf kepada bekas rakan sepasukan di Fnatic kerana bersikap toksik sebelum ini sehingga menggangu perlawanan mereka menentang NaVi di London Major pada minggu lalu. Beliau juga menyatakan bahawa perpindahan beliau ke organisasi Amerika Utara ini adalah bagi melihat sama ada beliau mampu untuk bertanding di peringkat tertinggi.

Bagi Styko pula, beliau mengumumkan akan berehat untuk beberapa minggu dan berharap agar dapat menyertai paskan baharu selepas itu.

Sumber : DotEsports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments