Dota 2

Dengan Pemain Berasal Dari Singapura, Fnatic Dipilih Jadi Pasukan Jemputan Terakhir PVP eSports Championship

2 tahun lalu

Dengan Pemain Berasal Dari Singapura, Fnatic Dipilih Jadi Pasukan Jemputan Terakhir PVP eSports Championship

PVP eSports Championship yang akan berlangsung pada 5 sehingga 7 Oktober ini di Suntec Singapore telah mengumumkan pasukan jemputan terakhir bagi permainan Dota 2 iaitu Fnatic. Dibarisi oleh pemain berasal dari Singapura itu sendiri, pemilihan pasukan ini adalah tepat bagi membolehkan para peminat tempatan hadir memberikan sokongan mereka.

Dianjurkan oleh Syarikat telekomunikasi Singapura, Singtel (Singapore Telecommunications Limited) dan Razer, kejohanan ini turut disertai dua lagi pasukan ternama iaitu naib juara kejohanan The International 2018, pasukan PSG.LGD dan pasukan dari Eropah, Team Secret.

PVP eSports Championship menawarkan hadiah sebesar USD300,000 bagi tiga buah permainan yang dipertandingkan iaitu Dota 2, Arena of Valor dan Hearthstone.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments