Artifact

WePlay! Umum Siri Kejohanan Artifact Dengan Hadiah Sebesar USD50,000

3 tahun lalu

WePlay! Umum Siri Kejohanan Artifact Dengan Hadiah Sebesar USD50,000

Permainan terbaru yang dibangunkan oleh Valve, Artifact belum pun dilancarkan secara rasminya namun pelbagai pihak telah pun melibatkan diri dengan menubuhkan pasukan, melakukan perbincangan dan mengkaji permainan itu. Pelbagai penstrim video dan pemain profesional bagi permainan berasaskan kad seperti Hearthstone, Gwent dan Magic The Gathering juga menunjukkan minat untuk mencuba permainan itu secepat mungkin.

WePlay! media semalam telah mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan tiga buah pertandingan Artifact dengan hadiah sebesar USD50,000. Ia akan dianjurkan pada bulan Ooktober, November dan Disember ini dan akan turut sama menyertakan beberapa personaliti terkemuka bagi pertandingan pertama seperti David “Dog” Caero, Frank “Fr0zen” Zhang, Jan “SuperJJ” Janßen, Rumay “Hafu” Wang, Ole “Naiman” Batyrbekov, Adrian “Lifecoach” Koy, Stanislav “StanCifka” Cifka, Mirjam “Wifecoach” Koy dan Ondřej “Honey” Stráský.

Pertandingan 1

  • October, minggu pertama selepas bermulanya ujian beta.
  • Hadiah sebesar USD10,000.
  • Lapan pemain terbaik akan dijemput menyertai pertandingan seterusnya.

Pertandingan 2

  • November.
  • Hadiah sebesar USD15,000.
  • Kelayakan terbuka.

Pertandingan 3

  • Disember
  • Hadiah sebesar SD25,000.
  • Kelayakan terbuka.
  • Empat terbaik akan bertanding di Studio milik WePlay!

Sumber : WePlay!