Esukan

Peminat Kelab Bolasepak Lontar Alat Kawalan Ke Dalam Padang Sebagai Tanda Protes Terhadap E-sukan

2 tahun lalu

Peminat Kelab Bolasepak Lontar Alat Kawalan Ke Dalam Padang Sebagai Tanda Protes Terhadap E-sukan

Kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengiktiraf e-sukan sebagai sebuah cabang rasmi sukan. Ini termasuklah dengan usaha untuk menambah acara e-sukan ke dalam kejohanan sukan seperti Sukan Asia dan juga Olimpik. Namun begitu, tidak semua pihak bersetuju dengan usaha ini dan masih lagi menganggap e-sukan sebagai suatu yang tidak menepati aspek aspek atletik sukan.

Dalam insiden terbaru, para peminat pasukan kelab bolasepak Young Boys dan Basel di Switzerland telah mengadakan protes pada perlawanan antara kedua pasukan itu di Stade de Suisse semalam. Peminat telah membentangkan kain rentang dengan gambar simbol jeda dan televisyen yang memaparkan imej hitam putih permainan konsol dan kata kata yang menentang liga permainan e-sukan.

 

Para peminat juga bertindak melontar bola tenis dan alat kawalan permainan ke dalam padang sehingga memaksa pegadil memberhentikan perlawanan. Seperti yang sudah maklum, banyak kelab kelab sukan tradisional seperti NBA dan bola sepak mulai melabur dan melibatkan diri dengan industri e-sukan. E-sukan merupakan salah satu industri paling pantas membangun dan penglibatan kelab kelab ini menubuhkan pasukan e-sukan masing masing adalah normal bagi membolehkan mereka tidak ketinggalan di dalam trend semasa dunia.

Sumber : Associated Press, Eurogamers

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments