Mobile Legends

MLBB Profesional League MY/SG S2 – Minggu Keenam : Lapan Pasukan Terbaik Kini Diketahui

3 tahun lalu

MLBB Profesional League MY/SG S2 – Minggu Keenam : Lapan Pasukan Terbaik Kini Diketahui

Hujung minggu lalu telah berlangsungnya perlawanan perlawanan terakhir bagi musim regular untukĀ MLBB Profesional League MY/SG Musim ke-2. Keputusan akhir bagi menentukan 8 pasukan yang mara ke pusingan kalah mati telah pun diketahui. Berikut merupakan keputusan penuh bagi perlawanan perlawanan yang berlangsung pada minggu ke-6.

Sebanyak dua pasukan telah tersingkir daripada liga iaitu pasukan We Own World dan Borneo Dragon FV yang menjadi pasukan tercorot di papan pendahulu liga. Sementara itu, pasukan yang mara ke pusingan kalah mati pula akan diletakkan kedalam perlawanan mengikut kedudukan akhir mereka di papan pendahulu liga. Pusingan kalah mati ini akan diadakan bermula pada 19 Oktober ini sehingga 21 Oktober. Maklumat lanjut mengenai penganjuran pusingan kalah mati ini akan didedahkan tidak lama lagi.