Esukan

Syed Saddiq Umum Penubuhan AirAsia Esports Centre

2 tahun lalu

Syed Saddiq Umum Penubuhan AirAsia Esports Centre

Di acara penutupan pusingan kelayakan kejohanan WESG bagi negara Malaysia semalam, Menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan penubuhan AirAsia Esports Centre. Tidak banyak butiran mengenai pusat e-sukan ini namun, Syed Saddiq menggelarnya sebagai esports mall pertama di negara Asean sekaligus mengesahkan bahawa selain daripada menjadi pusat e-sukan, ia akan turut menyertakan pelbagai lagi kemudahan.

“Hab pusat e-Sukan akan memiliki pelbagai kemudahan yang bersepadu dalam menjadikan Malaysia sebagai penggerak e-Sukan pada masa akan datang di rantau ini. Hab ini akan bukan sahaja menawarkan tempat latihan, pertandingan, pemasaran sebaliknya juga pusat vokasional e-Sukan.”

– Syed Saddiq, sumber : MalaysianGazette.com

AirAsia Esports Centre ini akan dibina di Klang, Selangor dan merupakan hasil usahasama antara AirAsia dan AgriMind. AirAsia kekal aktif melibatkan diri di dalam arena e-sukan tempatan dan mempunyai pasukan dan kelab e-sukan tersendiri yang dibarisi oleh para pekerja mereka. Di ibu pejabat syarikat penerbangan tersebut, RedQ, mereka bahkan mempunyai zon e-sukan iaitu AirAsia Esports Zone.

Sementara it, Syed Saddiq turut sama sekali lagi menegaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan serius dengan perkembangan e-sukan dan akan sentiasa menyokong usaha pemain industri ini untuk terus berkembang.

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments