League of Legends

Pembahagian Pasukan Bagi Kejohanan 2018 World Championship

3 tahun lalu

Pembahagian Pasukan Bagi Kejohanan 2018 World Championship

Semalam telah berlangsungnya acara undian bagi menentukan kumpulan setiap pasukan bertanding bagi peringkat play-in dan peringkat kumpulan kejohanan terbesar League of Legends iaitu World Championship 2018. Kesemua 24 pasukan bertanding telah dibahagikan kepada 4 pasukan untuk peringkat masing-masing. Berikut merupakan keputusan undian tersebut:

Peringkat play-in

Kumpulan A

  • Edward Gaming
  • Infinity eSports
  • Dire Wolves

Kumpulan B

  • G2 Esports
  • Bahçeşehir Supermassive
  • Ascension Gaming

Kumpulan C

  • Cloud9
  • KaBuM! e-Sports
  • DetonatioN FocusMe

Kumpulan D

  • G-Rex
  • Gambit Esports
  • Kaos Latin Gamers

Peringkat Kumpulan

Kumpulan A

  • Flash Wolves
  • Afreeca Freecs
  • Phong Vũ Buffalo
  • Pasukan dari Play-In 

Kumpulan B

  • Royal Never Give Up
  • Gen.G
  • Team Vitality
  • Pasukan dari Play-In

Kumpulan C

  • KT Rolster
  • Mad Team
  • Team Liquid
  • Pasukan dari Play-In

Kumpulan D

  • Fnatic
  • 100 Thieves
  • Invictus Gaming
  • Pasukan dari Play-In

Kejohanan Worlds 2018 akan bermula pada 1 Oktober ini pada pukul 4 petang waktu Malaysia dengan perlawanan antara pasukan Edward Gaming dan Infinity Esports di peringkat Play-In. Peringkat Play-In akan dimainkan di LoL Park, Seoul. Peringkat kumpulan dan suku akhir kemudiannya akan berpindah ke Busan Exhibition and Convention Center , Busan. Peringkat separuh akhir pula akan diadakan di Gwangju Women’s University Universiade Gymnasium, Gwangju dan diakhir dengan perlawanan akhir di Stadium Munhak, Incheon, Korea Selatan.

Perjalanan mencari pasukan League of Legends terbaik bagi tahun 2018 ini boleh ditonton secara langsung di watch.lolesports.com dan twitch.tv/RiotGames.