Esukan

ESL Bekerjasama Dengan Salim Group Bangunkan E-sukan Di Indonesia

3 tahun lalu

ESL Bekerjasama Dengan Salim Group Bangunkan E-sukan Di Indonesia

Dengan terdapat lebih 40 juta gamer di negara Indonesia, ia merupakan pasaran permainan ke-16 terbesar di dunia pada tahun 2017. Namun begitu, jumlah pemain mereka yang menyerlah di peringkat antarabangsa masih lagi sedikit terutamanya dengan masalah pembangunan di peringkat akar umbi.

Dengan misi untuk membangunkan arena e-sukan negara tersebut, ESL telah mengumumkan kerjasama antara mereka dengan Salim Group, syarikat konglomerat yang terkenal dengan aset seperti Indofood Sukses Makmur dan Indomobil Sukses Internasional Tbk yang mempunyai pelbagai jenama dibawah kendalian mereka seperti KFC, Pepsi-Cola, Nestle, Suzuki dan Nissan.

Kerjasama antara kedua syarikat ini akan bermula dengan penganjuran siri ESL National Championship di negara itu. Menurut ESL, mereka berharap agar kerjasama ini akan memberikan peluang untuk membangunkan industri e-sukan yang sihat dan mampan, menyokong bakat bakat tempatan dan memeriahkan lagi arena e-sukan di Indonesia. Siri ESL National Championship Indonesia akan diadakan secara dalam-talian sebelum peringkat akhir diadakan secara Lan pada tahun 2019 kelak.

Sumber : ESL Asia