MLBB Profesional League MY/SG S2 – Minggu Kelima : Bigetron SG Pamer Kebangkitan

MLBB Profesional League MY/SG S2 – Minggu Kelima : Bigetron SG Pamer Kebangkitan

Untuk minggu kelima liga MLBB Profesional League MY/SG Musim ke-2, beberapa pasukan memperlihatkan peningkatan dengan memanjat papan pendahulu liga.

Pasukan GeekFam Mystic Burden mara dua anak tangga selepas menewaskan rakan mereka, GeekFam Icon. Icon yang memulakan liga dengan prestasi cemerlang dengan menduduki tangga kedua liga kini jatuh ke tangga ke-enam. Pasukan Flash Tyrants pula menewaskan lawan mereka di kedua dua perlawanan yang dimainkan minggu ini untuk memintas askan AirAsia Saiyan di tangga kedua.

Baca Juga :   FrostFire Umum Penubuhan Pasukan Mobile Legends Bang Bang

Pasukan yang berada di kedudukan tercorot liga sebelum ini, Bigetron SG terus mempamerkan peningkatan apabila mara kedudukan ketujuh liga. Kebangkitan Bigetron ini adalah hasil daripada kemenangan dua perlawanan mereka pada minggu ini. Dengan baki satuu minggu lagi, mereka mungkin dapat menamatkan musim ini di kedudukan 8 terbaik untuk mara ke pusingan playoff.

Leave a Comment