Siri Web Khas Mobile Legends : Mata Kerbau Mulai Bersiaran

Dua bulan selepas uji bakat diadakan, siri web khas Mobile Legends yang dihasilkan Astro, Egg Network dan Moonton akhirnya mulai bersiaran dan episod pertama siri web tersebut sudah boleh ditonton.

Siri web yang dinamakan sebagai Mata Kerbau ini berkisarkan sekumpulan pelajar yang mempunyai perangai yang berbeza namun mempunyai minat yang sama terhadap permainan Mobile Legends. Mereka kemudiannya bersatu menubuhkan pasukan bagi menyertai kejohanan MPL musim kedua.

Baca Juga :   Geek Fam Umum Ambilalih Pasukan Mobile Legends Mystic Burden dan ICON

Siri web ini akan memaparkan liku liku yang terpaksa dilalui kumpulan rakan ini dalam usaha mereka mencapai impian menjadi juara kejohanan MPL dan menjadi pemain Mobile Legends terbaik. Episod pertama Mata Kerbau boleh ditonton dibawah ini dan bagi anda yang berminat untuk mengikuti perjalanan mereka, jangan lupa untuk mengikuti akaun Youtube eGG Network.

Sumber : Egg Network

Leave a Comment