Kostum Championship Tahun Ini Menjadi Milik Kha’zix

Setiap tahun bagi meraikan acara World Championship, Riot Games akan melancarkan kostum khas bagi sebuah hero terpilih. Tradisi ini telah bermula pada tahun 2013 lalu dan berlanjutan sehingga sekarang.

Kostum ini akan dijual bagi tempoh terhad sepanjang berlangsungnya kejohanan League of Legends World Championship. Namun begitu, kostum ini akan kembali dijual ketika berlangsungnya edisi kejohanan World Championship seterusnya.

Bagi edisi tahun ini, kostum khas ini menjadi milik Kha’zix. Berbeza dengan warna asal Kha’zix yang keungguan, kostum khas ini hadir dengan tema warna kebiruan. Selain dari warna umum ini, ia hadir dengan 48 slot chromas dan boleh bertukar mengikut warna sesebuah pasukan berserta mempamerkan logo pasukan tersebut ketika melakukan teleportasi. Pada ketika ini, harga bagi kostum ini masih belum didedahkan.

Nos vamos preparando para #Worlds2018 pic.twitter.com/jw9Sh7XTyU

— LoL Esports LAS (@lolesportslas) September 11, 2018

Along with the golden chroma, Championship Kha’Zix also has other chroma colors that change his look up to match a team’s logo! https://t.co/Cy0U6r6WDE pic.twitter.com/V358yhyZ0H

— Moobeat (@moobeat) September 11, 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: