MLBB Profesional League MY/SG Musim ke-2 Beri Peminat Pilih Pemain Terbaik Liga Dan Pemain Perlawanan All-Star

Pelbagai kejohanan menyertakan acara khas seperti perlawanan All-star bagi menghiburkan penonton dan memeriahkan kejohanan. Tidak ketinggalan adalah Liga Mobile Legends Profesional League MY/SG Musim ke-2. MPL Musim kedua telah menyediakan sebuah laman khas membolehkan para peminat mengundi pemain terbaik liga (MVP) dan senarai pemain bagi perlawanan All-star.

Perlawanan All-star ini akan mempertandingkan pasukan Malaysia menentang Singapura. Undian bagi memilih pemain yang akan mewakili kedua dua pasukan ini telah pun dibuka bermula pada hari ini. Pemenang bagi perlawanan All-star ini akan membawa pulang hadiah sebesar USD1,500.

Baca Juga :   Mysterious Assassin Diumumkan Sebagai Pasukan Kedua Dari Malaysia Dijemput Menyertai Kejohanan Mobile Star League

Bagi undian pemain terbaik liga pula, undian masih belum dibuka pada ketika ini. Pemain yang menerima undian tertinggi kelak akan menerima gelaran pemain terbaik liga dan membawa pulang hadiah sebesar USD1,000.

Layari  : mysg.mpl.mobilelegends.com/vote/

Leave a Comment

%d bloggers like this: