Dua Pekerja Riot Games Meninggalkan Syarikat Itu Selepas Terlibat Dengan Kontroversi Di PAX West

Kontroversi yang melanda syarikat permainan Riot Games nampaknya belum berakhir apabila terkini, dua orang pekerja telah meninggalkan syarikat itu dengan sebab yang agak samar.

Daniel Klein dan Mattias Lehman telah berhenti dari jawatan mereka tidak lama selepas terlibat dengan kontroversi Riot Games di PAX West. Pada penghujung minggu lalu di acara tersebut, Riot Games telah mengadakan panel khas untuk wanita sahaja bagi membantu mereka mendalami isu berkaitan dengan kerjaya mereka di dalam industri permainan.

Hal ini menyebabkan para peminat mengkritik tindakan Riot Games itu terutamanya selepas kontroversi budaya seksisme yang melanda syarikat itu baru baru ini. Daniel Klein kemudiannya mempertahankan tindakan Riot Games dan mengkritik para peminat yang memberi maklum balas buruk terhadap panel tersebut.

This reddit thread about some events we’re hosting at PAX being open to women and non-binary people only was just as much of a toxic landfill as I expected it to be:https://t.co/H8xoYPCLoF

So let’s talk about this for a little bit!

— Daniel Z. Klein (@danielzklein) September 1, 2018

Mattias Lehman pula memberi sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Daniel Klien di laman Twitter beliau itu. Ini menyebabkan ramai peminat semakin marah dan mendesak Riot memberhentikan mereka. 

Baca Juga :   The League of Legends International College Cup Kembali Tahun Ini Dengan Lebih Banyak Pasukan Bertanding

Being an ally means listening to, learning from, and standing up with marginalized people. @danielzklein has done that in the years I’ve known and worked with him

It’s telling when people spend more time tone policing him than calling out those harassing and threatening him.
1/2 https://t.co/QgPwBkMXOS

— Mattias Lehman (@MattiasLehman) September 5, 2018

Beberapa pekerja Riot Games percaya bahawa mereka berdua diberhentikan kerana kenyataan yang dikeluarkan mereka itu. Menurut The Verge, Klien telah mengesahkan kepada mereka bahawa beliau diberhentikan kerana melanggar polisi media sosial syarikat tersebut.

Riot Games bagaimanapun menafikan bahawa kedua pekerja itu diberhentikan dalam usaha mereka memperbaiki imej dan budaya seksisme syarikat tersebut. 

Sumber : Kotaku

Leave a Comment

%d bloggers like this: