Valve Kemaskini Lebih Banyak Perincian Mengenai Dota 2 Pro Circuit 2018/2019

Valve Kemaskini Lebih Banyak Perincian Mengenai Dota 2 Pro Circuit 2018/2019

Valve hari ini telah mengemaskini laman rasmi Dota 2 Pro Circuit dengan beberapa perkara baharu berkaitan dengan perubahan format bagi musim akan datang.

Perkara perkara ini adalah kemaskini terhadap pengumuman yang telah dilakukan oleh mereka pada bulan Jun lalu. Antara perkara baharu yang diumumkan adalah pembahagian mata Dota 2 Pro Circuit dan perkara berkaitan dengan pertukaran pemain. Berikut merupakan kemaskini yang telah diumumkan:

1. Bagaimana mata diperoleh?

  • Mata akan diperoleh oleh kesemua 16 pasukan bertanding di kejohanan bertaraf Major dan 8 pasukan bertanding di kejohanan Minor.

2. Berapakah nilai mata bagi kejohanan bertaraf Major dan Minor?

  • Musim ini, kejohanan Major menawarkan 15000 mata dan Minor menawarkan 500 mata. Mata bagi kejohanan Major diskalakan mengikut jumlah hadiah keseluruhan jika melebihi USD 1 juta.

3. Bagaimana mata dibahagikan mengikut keputsan kejohanan?

  • Bagi kejohanan Major dengan 16 pasukan dalam format double-elimination, adalah seperti berikut (dengan anggapan hadiah sebesar USD1 juta) :
Kedudukan/ Peratusan/ Mata
1

2

3

4

5/6

5/6

7/8

7/8

9/12

9/12

9/12

9/12

13/16

13/16

13/16

13/16

33%

20%

14%

9%

6%

6%

3%

3%

1%

1%

1%

1%

0.5%

0.5%

0.5%

0.5%

4950

3000

2100

1350

900

900

450

450

150

150

150

150

75

75

75

75

Bagi kejohanan Minor, dengan anggapan 8 pasukan dengan format double-elimination, berikut adalah pembahagian mata:

Kedudukan Peratusan Mata
1

2

3

4

5/6

5/6

7/8

7/8

24%

20%

18%

14%

8%

8%

4%

4%

120

100

90

70

40

40

20

20

4. Adakah pemain atau pasukan yang memperoleh mata?

  • Mata diperoleh oleh pasukan.

5. Jika pemain bertukar pasukan, adakah mata akan turut berpindah?

  • Tidak.

6. Berapakah jumlah pasukan yang akan dijemput ke kejohanan The International 2019 melalui pungutan mata?

  • 12 pasukan dengan mata terbanyak. Baki pasukan akan diisi oleh pemenang pusingan kelayakan rantau (1 slot setiap rantau).

7. Adakah mata menentukan jemputan ke kelayakan rantau?

  • Tidak, namun boleh dianggap sebagai faktor semasa menentukan pasukan jemputan untuk kelayakan rantau.

8. Berapa banyak slot pasukan dari pusingan kelayakan rantau akan ke Major/Minor?

  • Setiap rantau diberi minimum 2 slot untuk Major dan minimum 1 slot untuk Minor.

9. Bagiamana baki 3 slot terakhir kejohanan Major ditentukan.

  • 3 Slot terakhir kejohanan Major akan ditentukan oleh Valve, mengikut setiap Major.

10. Adakah cara lain untuk melayakkan diri ke kejohanan Major?

  • Selain daripada pusingan kelayakan rantau, pemenang kejohanan Minor akan menerima slot bertanding di kejohanan Major. Mata DPC akan diberikan mengikut keputusan di Minor atau keputusan di Major, mana mana yang lebih banyak diantaranya.

11. Adakah pasukan boleh melayakkan diri ke kedua dua kejohanan Major dan Minor?

  • Tidak. Hanya pasukan yang gagal melayakkan diri ke kejohanan Major sahaja boleh menyertai kejohanan Minor.

Selain daripada perkara perkara diatas ini, perubahan yang diumumkan sebelum ini juga turut disahkan sekali lagi seperti pertukaran pemain, setiap pemain yang keluar atau dibuang dari pasukan akan mengurangkan mata pasukan sebanyak 20%. Namun begitu, pengambilan pemain baharu tidak akan menambah sebarang mata.

Pasukan yang bermain di acara DPC tanpa pemain yang didaftarkan pula akan menerima 40% mata lebih sedikit berbanding biasa. Bagi pusingan kelayakan untuk acara acara DPC pula, setiap pasukan mestilah bermain bersama dengan sekurang kurangnya 4 daripada 5 pemain yang didaftarkan.

Dengan hanya pasukan yang gagal melayakkan diri ke kejohanan bertaraf Major sahaja boleh menyertai kejohanan bertaraf Minor, Valve dilihat memfokuskan kepada memberi peluang kepada pasukan kelas ketiga dan kebawah untuk memperoleh mata DPC dan menuruskan kelangsungan pasukan dengan hadiah yang diterima.

Valve dilihat mahu pasukan kelas pertama dan kedua kini memfokuskan kepada kejohanan Major yang menawarkan mata DPC yang tinggi manakala pasukan kelas ketiga dan kebawah memfokuskan kepada pembangunan pasukan dengan menyertai kejohanan Minor yang tidak menawarkan mata DPC yang tinggi namun hadiah yang tidak kurang lumayan.

Berikut merupakan perancangan penganjuran kejohanan untuk musim Dota 2 Pro Circuit 2018 – 2019 yang memperlihatkan 5 pasang kejohanan akan diadakan :

  • Sep 17-Sep 21: Kelayakan Major (The Kuala Lumpur Major)
  • Sep 23-Sep 26: Kelayakan Minor
  • Okt 29-Nov 4: Acara Utama Minor
  • Nov 8-Nov 18: Acara Utama MajorĀ (The Kuala Lumpur Major)

 

  • Nov 26-Nov 30: Kelayakan Major
  • Dec 1-Dec 4:Kelayakan Minor
  • Jan 7-Jan 13: Acara Utama Minor
  • Jan 17-Jan 27: Acara Utama Major

 

  • Feb 1-Feb 5: Kelayakan Major
  • Feb 7-Feb 10:Kelayakan Minor
  • Mac 4-Mac 10: Acara Utama Minor
  • Mac 14-Mac 24: Acara Utama Major

 

  • Mac 28-Apr 1: Kelayakan Major
  • Apr 3-Apr 6: Kelayakan Minor
  • Apr 22-Apr 28: Acara Utama Minor
  • Mei 2-Mei 12: Acara Utama Major

 

  • Mei 15-Mei 19: Kelayakan Major
  • Mei 21-Mei 24: Kelayakan Minor
  • Jun 10-Jun 16: Acara Utama Minor
  • Jun 20-Jun 30: Acara Utama Major

Leave a Comment