Steam Memperkenalkan Beberapa Tetapan Dan Perubahan Baharu Bagi Menambah Baik Kedai Permainan Dalam-Talian Mereka

Laman kedai permainan dalam-talian Steam pada bulan Jun lalu telah dilanda kontroversi apabila menghalang kandungan permainan berunsur dewasa daripada dijual di platform tersebut.

Selepas menerima kritikan daripada pengguna, Valve telah menarik blaik halangan tersebut dan berjanji untuk menambah baik kedai dalam-talin mereka bagi membolehkan semua pihak menikmati kandungan kegemaran mereka.

Kini, menerusi pengumuman terbaru, Steam telah mengumumkan beberapa penambahan tetapan baharu bagi kepada pengguna bagi memboolehkan mereka mengawal kandungan yang mahu dipaparkan. Pertama sekali, Steam telah menambah laman rumah khas bagi pembangun memaparkan permainan permainan yang dibangunkan oleh mereka. Ini memudahkan para peminat mencari permainan dari pembangun kegemaran mereka.

Kemudiannya, Steam juga telah mengemaskini laman permainan akan datang mereka agar kini memaparkan kandungan cadangan yang lebih tepat kepada pengguna. Steam juga telah memfokuskan kepada tetapan bagi membolehkan pengguna menyembunyi kandungan yang tidak digemari mereka. Tetapan baharu ini boleh dilaras dengan lebih spesifik iaitu dengan memilih pembangun, pengedar, mahupun kurator yang mahu disembunyikan.

Jumlah tag permainan yang boleh ditapis juga telah dinaikkan daripada 3 kepada 10 tag selepas ini. Jika pengguna mencari permainan yang telah ditapis,  Steam kini akan memaparkan dengan lebih selamat iaitu dengan memberi amaran terlebih dahulu sebelum kandungan penuh berkaitan permainan itu dibuka.

Tapisan permainan dengan kandungan dewasa juga telah ditambah baik dengan tetapan baharu iaitu tapisan kandungan matang atau kandungan dewasa. Tapisan kandungan matang akan menapis kandungan yang bersifat dewasa namun tidak mengandungi perkara seksual atau keganasam. Tapisan kandungan dewasa pula akan menapis kandung yang mengandungi perkara seksual.

Baca Juga :   PlayerUnknown's Battlegrounds Dedah Perancangan Menuju Pelancaran Rasmi

Akhir sekali, Steam juga telah menambah usaha uuntuk membuang permainan yang bersifat trolling iaitu permainan yang dihasilkan untuk menjana keuntungan tanpa memerlukan pembeli atau pemain. Steam bagaimanapun mengakui bahawa menentukan permainan bersifat trolling ini sukar dan samar untuk dijelaskan kepada umum kerana trolling itu sendiri wujud dalam pelbagai cara. Mereka berjanji akan melakukan siasatan yang menyelurh sebelum membuang sesuatu permainan itu dari kedai dalam-talian mereka.

Sumber : Steam Blog

Leave a Comment

%d bloggers like this: