Sukma XIX Perak Anjur Acara E-sukan Dibawah Program Esport Experience

Sukma XIX Perak Anjur Acara E-sukan Dibawah Program Esport Experience

Pada bulan April yang lalu, menteri belia dan sukan pada ketika itu, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan sedang menyelaraskan e-sukan bagi membolehkan acara e-sukan ditambah ke dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma).

Kini, menjelang bermulanya Sukma XIX Perak tidak lama lagi, Pengerusi Jawatankuasa Sukan Dan Belia Negeri Perak, Lee Chuan How telah mengumumkan acara e-sukan sebagai aktiviti tambahan di temasya tersebut. Dibawah program Esport Experience, tiga judul e-sukan akan dipertandingkan iaitu Pro Evolution Soccer, FIFA dan Mobile Legends. Menurut laporan, acara ini akan membolehkan pengunjung untuk mencuba sendiri permainan permainan tersebut dan berlawan dengan pemain profesional.

Perkara tersebut diumumkan pada satu sidang media yang berlangsung di Battle Arena hari ini. Dalam pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan pertindihan permainan PES dan FIFA yang kedua duanya adalah permainan berasaskan bola sepak. Beliau mendedahkan bahawa pada asalnya, acara Esport Experience ini akan mempertandingkan acara Dota 2 namun terpaksa digantikan oleh permainan PES. Acara Esport Experience akan diadakan pada 21 dan 22 September ini bertempat di Stadium Indera Mulia.

Baca Juga :   Demam Piala Dunia Berterusan - Yasss Bola Tawar RM17,000 Untuk Kejohanan PES 2018 Dan FIFA 18

Dengan perkembangan antarabangsa yang sedang berusaha menambah masuk acara e-sukan kedalam temasya Olimpik dan Sukan Asia, penambahan acara e-sukan pada Sukma ini adalah amat dialukan bagi membolehkan masyarakat umum lebih mengenali e-sukan dan membiasakan diri mereka dengan industri e-sukan.

Diharapkan dengan berita baik ini, skeptisisme masyarakat terhadap e-sukan dapat dikurangkan dan mereka dapat menghapuskan padangan negatif terhadap industri permainan dan e-sukan.

Sumber : Awani 501 / Mariah Ahmad

Leave a Comment

%d bloggers like this: