Majlis Sukan Elektronik Perak Ditubuhkan Dalam Usaha Memperkasakan E-sukan Di Negeri Tersebut

Majlis Sukan Elektronik Perak Ditubuhkan Dalam Usaha Memperkasakan E-sukan Di Negeri Tersebut

Pada sidang media berkaitan dengan Sukma XIX Perak hari ini, selain daripada mengumumkan penambahan program Esports Experience di temasya sukan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Sukan Dan Belia Negeri Perak, Lee Chuan How turut sama telah mengumumkan penubuhan Majlis Sukan Elektronik Perak.

Jawatankuasa Sukan Dan Belia Negeri Perak sebelum ini telah mengumumkan penganjuran kejohanan e-sukan bertaraf kebangsaan pada bulan Julai yang lalu. Dengan penubuhan Majlis Sukan Elektronik Perak ini, mereka dilihat serius dalam usaha memperkasakan arena e-sukan di negeri tersebut.

Sebagai sebuah industri yang pantas membangun, penglibatan pihak kerajaan di dalam industri ini amatlah penting bagi membolehkan atlet tempatan bersaing dan tidak ketinggalan dari negara lainnya. Usaha memperkasakan atlet tempatan harus dilakukan untuk membolehkan bakat bakat tempatan dicungkil dari awal lagi.

Baca Juga :   Gergasi Internet Rusia Mail.ru Ambil Alih Organisasi E-sukan ESforce Yang Memiliki SK Gaming, Virtus.Pro Dan Lain Lain.

Seperti mana atlet sukan tradisional lainnya, atlet e-sukan juga mampu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Sekiranya penambahan e-sukan sebagai acara rasmi di Sukan Asia dan Olimpik menjadi kenyataan di masa depan, golongan ini mampu bersedia dengan adanya usaha pembangunan awal ini.

Sumber : 501 Awani / Mariah Ahmad

Leave a Comment

%d bloggers like this: