E-sukan Di Sukan Asia Akan Datang Akan Memfokuskan Kepada Permainan Bergenre Sukan – CEO Alisports

Selepas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach sekali lagi menegaskan bahawa e-sukan tidak akan ditambah masuk sebagai acara Olimpik selagi unsur keganasan di dalam permainan tidak dibuang keluar, CEO Alisport, Zhang Dazhong turut sama mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa.

Alisport, anak syarikat Alibaba merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan penambahan e-sukan ke dalam Sukan Asia. Walaupun penambahan e-sukan sebagai acara rasmi kini tidak lagi pasti, Zhang Dazhong berkata bahawa pihak Alisport sedang bekerja keras memastikan mereka dapat menepati standard yang dikehendaki oleh IOC.

Ini termasuklah menukar fokus mereka kepada permainan bergenre sukan sekiranya acara e-sukan dimasukkan pada edisi Sukan Asia 2022 akan datang. Ini memperlihatkan permainan seperti Arena of Valor tidak akan ditambah masuk sebagai acara e-sukan di Sukan Asia akan datang. Ini juga adalah selari dengan tindakan kerajaan China yang mengumumkan mengehadkan penerbitan permainan berunsur keganasan. 

Baca Juga :   Sukan Asia 2018 - Wakil Malaysia Bagi PES 2018, Clash Royale, Hearthstone dan Starcraft II Kini Lengkap

Menurut Zhang, mereka percaya di masa akan datang, akan ada perbezaan ketara antara kandungan e-sukan dan permainan video hasil daripada kawalan badan berkuasa e-sukan. Beliau juga percaya bahawa e-sukan pada masa akan datang akan berevolusi dengan memerlukan lebih banyak pergerakan fizikal.

Ini dilihat sebagai maklumbalas kepada kritikan bahawa e-sukan tidak sesuai ditambah masuk kerana ia bukanlah aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal yang banyak.

Sumber : Reuters

Leave a Comment

%d bloggers like this: