Senarai Pemenang Acara E-sukan Di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang

Sebanyak 6 permainan e-sukan telah dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi di acara Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang iaitu PES 2018, Clash Royale, Starcraft II, Arena of Valor, League of Legends dan Hearthstone.

Malaysia sendiri telah berjaya menghantar wakil bagi acara PES 2018 iaitu Alpha Gaming (Mohamad NorHaikal bin Mohamad Noh dan Muhamad Khairul Bin Abdul Aziz). Mereka menamatkan acara tersebut dengan memperoleh tempat ke-empat keseluruhannya.

Berikut merupakan senarai lengkap kesemua pemenang bagi acara e-sukan yang dipertandingkan:

Arena of Valor

  • Emas – China
  • Perak – Chinese Taipei
  • Gangsa – Vietnam
Baca Juga :   Sukan Asia 2018 - Prime Live Anjur Pusingan Kelayakan Untuk Clash Royale, Hearthstone Dan Starcraft II

League of Legends

  • Emas – China
  • Perak – Korea Selatan
  • Gangsa – Chinese Taipei

Clash Royale

  • Emas – Indonesia
  • Perak – China
  • Gangsa – Vietnam

Hearthstone

  • Emas – Hong Kong
  • Perak – Indonesia
  • Gangsa – India

Starcraft II

  • Emas – Korea Selatan
  • Perak – Chinese Taipei
  • Gangsa – Vietnam

PES 2018

  • Emas – Jepun
  • Perak – Iran
  • Gangsa – Vietnam

Leave a Comment