“Tiada E-sukan Di Olimpik Selagi Ada Unsur Keganasan” – Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Pada bulan Julai lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah melakukan pertemuan dengan atlet e-sukan dan orang orang penting e-sukan seperti penganjur dan pengerusi syarikat organisasi e-sukan.

Pertemuan itu berakhir dengan pihak Olimpik menegaskan bahawa penambahan e-sukan sebagai acara rasmi di Olimpik bukanlah fokus utama mereka. Pada ketika ini, mereka lebih mementingkan komunikasi dan perbincangan antara watak utama industri e-sukan dan pihak Olimpik.

Selari dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), pihak Majlis Olimpik Asia(OCA) juga menarik balik keputusan mereka untuk menjadikan e-sukan sebagai acara rasmi di sukan Asia 2022 di Hangzhou. Walaupun Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang sedang berlangsung pada ketika ini telah menyertakan beberapa pertandingan e-sukan sebagai sukan demonstrasi, OCA menyatakan bahawa e-sukan memerlukan sebuah badan berkuasa sebelum ia diiktiaraf sebagai sukan rasmi.

Kini, menerusi sebuah temuramah di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa,  Thomas Bach sekali lagi menegaskan bahawa e-sukan tidak akan ditambah masuk sebagai acara Olimpik selagi unsur keganasan di dalam permainan tidak dibuang keluar.

Baca Juga :   Penambahan E-sukan Sebagai Acara Rasmi Berpingat Di Sukan Asia 2022 Kini Tidak Lagi Pasti

Menerusi temuramah kepada The Associated Press di acara tersebut, Bach berkata bahawa Olimpik tidak boleh mempunyai acara yang mempromosikan keganasan dan diskriminasi. Ia adalah bertentangan dengan nilai Olimpik justeru itu ia tidak boleh diterima masuk.

Merupakan pemenang pingat emas kepada acara Fencing yang merupakan acara kombat berpedang sebelum ini, Bach menerangkan perbezaan acara kombat seperti itu dan e-sukan. Menurut Bach, walaupun acara kombat seperti Fencing adalah berasal dari pertempuran antara dua pihak, sukan itu adalah ungkapan bertamadun perkara ini. E-permainan adalah tentang pembunuhan pihak lawan dan tidak boleh diselarikan dengan nilai Olimpik, ujar beliau lagi.

Perkembangan ini nyata jelas memperlihatkan bahawa e-sukan sebagai acara rasmi Olimpik masih jauh untuk menjadi kenyataan. Firma penyelidikan data, Newzoo juga baru baru ini meramalkan bahawa penambahan e-sukan sebagai acara Olimpik tidak akan terjadi sekurang kurangnya sehingga tahun 2022. Namun begitu e-sukan mungkin akan berpaling untuk mengadakan acara Olimpik tersendiri mereka, ramal Newzoo.

Sumber : The Associated Press

Leave a Comment