PSG.LGD Adalah Pasukan Jemputan Pertama Bagi PVP eSports Championship 2018

PVP eSports Championship, sebuah kejohanan e-sukan yang akan berlangsung pada 5 sehingga 7 Oktober ini di Suntec Singapore telah mengumumkan pasukan jemputan pertama bagi acara Dota 2.

Pasukan tersebut adalah PSG.LGD dari China yang baru baru ini menjadi naib juara kejohanan terbesar Dota 2 iaitu The International 2018. Pasukan itu bakal bertanding merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD300,000 yang ditawarkan kejohanan ini. Selain daripada Dota 2, kejohanan ini turut mempertandingkan duat buah permainan lain iaitu Hearthstone dan Arena of Valor. 

Baca Juga :   Kiev Major - EG, VP, OG dan IG Mara Ke Separuh Akhir

Dianjurkan oleh Syarikat telekomunikasi Singapura, Singtel (Singapore Telecommunications Limited) dan Razer, kejohanan ini turut disertai oleh beberapa nama besar lain sebagai rakan kerjasama rasmi iaitu Mineski Events Team, Garena (SEA), Blizzard, Secret Lab dan Aftershock.

Antara personaliti yang akan turut hadir adalah Sheever (Jorien van der Heijden), Capitalist (Austin Walsh) Fogged (Ioannis Loucas) GranDGrant (Grant Harris) Kyle (Kyle Freedman) dan ODPixel (Owen Davies).

Leave a Comment

%d bloggers like this: